Tasik Kenyir

Tasik Kenyir terletak dalam daerah Hulu Terengganu, Terengganu.

Keseluruhan kawasan diwartakan ialah 209,199 hektar (Daratan : 171,199 ha dan Badan Air : 38,000 ha).

Merangkumi 340 buah pulau, 14 air terjun, jeram, hutan simpan, gua dan sungai serta kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Tasik Kenyir wujud hasil dari pembinaan Empangan Hidro Elektrik Sultan Mahmud yang siap pada tahun 1985.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan Negeri Terengganu bagi mengawalselia pembangunan di Tasik Kenyir bermuka pada tahun 1993. Pendekatan pembangunan yang dilaksanakan berasaskan konsep 5A + 1C.

a.Tarikan (Attraction)
b.Kemudahsampaian (Accessibility)
c.Aktiviti (Activity)
d.Penginapan (Accommodation)
e.Pengiklanan & Promosi (Advertising & Promotion)
f. Pemuliharaan & Pemeliharaan (Conservation & Preservation)